Archive for July, 2006

Rűhme Deutschland, felicitazione Azzuri!

Monday, July 10th, 2006

Michael_ballack_3 Rasanya hampir sebulan aku jadi burung hantu. Ini gara² penangan World Cup 2006,Germany. Malam berjaga tengok match bola, siang pulak aku main bola (main bola dalam mimpi). Akhirnya, pada kemuncak kejohanan, 9 Julai 2006, pasukan Itali telah memenangi World Cup 2006, setelah menewaskan pasukan Perancis, menerusi sepakan penalti 5-4, selepas terikat 1-1, (selepas waktu tambahan 30 minit). Felicitazione Azzuri, essayent encore Les Bleus!

Pasukan favorite aku, Germany menduduki tempat ke 3, setelah menewaskan team Portugal, 3-1. Aku amat mengkagumi team Jerman ini, rata² dibarisi dengan pemain muda. Rűhme Deutschland!

Second team favorite aku, pasukan kerdil dari benua Afrika, Togo (diharap dapat buat kejutan), tewas semua game di peringkat kumpulan. Takperlah, ini first time mereka beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Semangat Afrika dengan samba Afrika!

Team dari Asia? Satu pun aku tak sokong! Baik aku sokong Malaysia. Dirgahayu Malaysia! Aku harap pasukan Malaysia dapat beraksi di peringkat akhir Piala Dunia di Afrika Selatan. Nantikan kebangkitan pasukan Harimau Malaya. Dirgahayu Malaysia!

Selamat berangkat Fatah!

Monday, July 10th, 2006

Maner_nasi_goreng_ayam_nie_1 Fathi Kamil @ Ustad @ Fatah, aku kenali menerusi Hafez, member sebilik aku kat Perindu. Waktu itu aku ambil kursus Multimedia. Seorang yang friendly, suka tersenyum kambing, begitu meminati bidang komputer dan setiasa updatekan diri tentang komputer.

Bersahabat dengannya membuat aku lebih banyak mengetahui tentang komputer. Waktu aku sekolah dulu, aku langsung tak tahu apa² tentang komputer ni. Nak pegang komputer orang pun aku tak berani. Takut kalau rosak nanti, kena ganti. Bukannya murah! Aku mana ada duit nak ganti. Duit belanja sekolah aku pun cukup² untuk belanja kat kantin. Aku ternganga saja bila member² sekolah bercerita tentang game komputer yang diorang main.

Tak boleh jadi ni. Aku mesti belajar lebih mendalam tentang komputer. Mungkin juga waktu itu aku didorong dengan lagu IT, nyanyian Siti Nurhaliza (Oh IT! Cinta IT! Suka Siti! Hehe…)

Kini pengetahuan aku tentang komputer ni, bolehlah tahan. Takdelah sampai ternganga lagi bila orang bercakap dengan aku tentang komputer.

Berbalik semula cerita tentang Fatah. Pada 9 Julai 2006, hari Ahad jam 1930, Ustad berangkat ke Riyadh, Saudi Arabia, atas urusan kerja. Aku tak dapat sertai dengan member² lain kat KLIA (untuk ucapkan selamat jalan), kerana aku ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku sekadar telefon dia untuk mengucapkan selamat berangkat.

Selamat berangkat Fatah! Bila balik Malaysia nanti, jangan lupa belikan aku ole²! Semestinya bendera berbentuk 3 segi!  :-)